Softskill (Teknik Bacaan)

21 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Softskill dengan satu aktiviti Teknik Bacaan bagi menilai dan mengetahui sejauh mana penguasaan pembacaan dan peribadi para peserta. Objektif aktiviti ini adalah bagi membantu peserta dalam penguasaan pembacaan dan memperbaiki peribadi peserta. Aktiviti ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar 11 orang pelajar iaitu pelajar sekolah rendah dan menengah.

Semasa aktiviti ini, peserta diberikan petikan untuk dibaca. Rata-rata peserta boleh membaca tetapi tanpa teknik seperti membaca dengan penggunaan teknik rasa, seperti rasa gembira, sedih, pilu dan banyak lagi. Dalam aktiviti ini juga, peserta diberi pilihan sama ada ingin membaca bertentangan dengan audien atau face to face dengan kita. Disini, kita dapat menilai sejauh mana keperibadian mereka. Justeru itu, kita cuba membantu mereka mengatasi permasalahan ini agar mereka boleh membuat Pengucapan Awam dengan baik dan berkesan.

Kesimpulan dari Kelas Softskill ini, peserta – peserta sedar akan pentingnya Teknik Bacaan dalam kehidupan kita pembacaan mereka. Semoga dengan Soffskill ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam pelajaran mereka pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali